kata mutiara

”Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baikuntuk bertindak.”

“Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

“Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku
hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

“Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

“Jadi diri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala kejian juga.”

“Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat"

“Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan kita, dan kala itu kita hanya pasrah.”

“Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah jadinya.”

“Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.”

“Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna.”

“Seorang yang tidak bersifat penyayang, tak akan dapat menghasilkan karya yang terbaik.”

“Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.”

“Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha.”

“Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya.”

“Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

“Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

“Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

“Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

“Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

“Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.”

“Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

“Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman saja yang tahu akan arti kasih sayang.”

“Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.”

“Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil.”

“Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri.”

“Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya.”

“Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain.”

“Hidup ini adalah keputusan diri sendiri.”

“Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang.”

“Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahwa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setetes air mata.”

“Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, niscaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain.”

“Barangsiapa yang sengaja meletakkan dirinya di tempat-tempat tohmahan, maka janganlah dia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya.”

“Barangsiapa yang panjang kemarahannya maka sirnalah adab dan akhlaknya.”

“Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah
ketaqwaan yang semua manusia patut miliki.”

“Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati.”

“Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi”

“Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh.”

“Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit.”

“Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!”

“Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan terus mengalir.”

“Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?” 

“Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan.”

“Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat”

“Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.”

“Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki.”

“Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna.”

“Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya.”

“RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa.”

“Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.”

“Kemenangan bermula dari dalam diri.”

“Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula.”

“Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan.”

“Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita.”

“Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.”

“Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra jadilah semulia
Ali KW, Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW bentuklah diri semulia Fatimah
az-Zahra."